Posts

Showing posts from March, 2019
Image
Cara Mengira Kadar Faedah Rata dan Baki Berkurangan  April 1, 2019 Anda mungkin sering berhadapan dengan terma kadar faedah rata ( flat interest rate)  dan juga kadar faedah baki berkurangan ( reducing balance rate ) sewaktu ingin memohon pinjaman. Namun, adakah anda faham perbezaan antara kedua-dua kadar tersebut?  Tahukah anda bagaimana pengiraan kadar faedah tersebut dilakukan, atau anda hanya berharap kepada bantuan pegawai bank? Jangan biarkan anda berada dialam kegelapan, terutamanya apabila ia berkaitan isu kewangan. Kami jelaskan perbezaan serta tunjukkan cara pengiraanya di artikel ini untuk bantu anda memahami salah satu aspek kewangan yang penting. Kadar Faedah Rata Kadar faedah rata merupakan satu kadar faedah yang  akan kekal nilainya  keatas jumlah pinjaman pokok,  sepanjang tempoh pinjaman . Ini bermakna, nilai kadar faedah yang dikenakan terhadap pinjaman wang anda sewaktu pinjaman bermula akan berterusan hingga bulan terakhir tempoh pinjaman. Kadar
Image
Ketahui Kemampuan Anda Untuk Membayar Hutang  March 29, 2019 Kebanyakan individu perlu berhutang untuk membiayai perbelanjaan untuk perubatan, pelajaran, berkahwin, ataupun memulakan perniagaan.Untuk bebas dari hutang sepenuhnya mungkin agak mustahil. Tetapi, anda perlu tahu bagaimana kemampuan anda untuk membayar hutang-hutang  anda.Teruskan membaca untuk ketahui kemampuan anda untuk membayar hutang, dan  tips untuk membayar hutang dengan lebih cepat. Hutang isi rumah rakyat Malaysia menunjukkan peningkatan. Malah, jumlah hutang isi rumah kini  terlalu tinggi sehingga  sebahagian besar dari pendapatan bulanan digunakan hanya untuk membayar hutang sahaja.  Pada tahun 2013, nisbah khidmat hutang rakyat Malaysia ialah 43.5%, suatu angka yang membimbangkan kerana lebih 13.5% dari kadar yang hutang disarankan. Untuk pengetahuan anda, nisbah khidmat hutang yang disyorkan ialah pada 30% untuk memastikan anda tidak berbelanja lebih daripada satu pertiga d
Image
Perbezaan CCRIS dan CTOS  March 29, 2019  Sering mendengar istilah CCRIS dan CTOS, namun anda tidak tahu perbezaan istilah tersebut? Jangan risau, kami terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel ini. Teruskan membaca untuk mengetahui mengapa kedua-duanya penting untuk rakyat Malaysia.   Apa itu CCRIS? CCRIS atau  Central Credit Reference Information System  menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Secara ringkas, CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans, dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi. Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis. Semua maklumat dan data kemudiannya dimasukkan ke dalam laporan kredit, dan institusi kewangan seperti bank akan mempunyai akses kepada laporan tersebut. Data pada laporan kredit akan dibahagikan kepada tempoh 12 bulan. Ia
Image
Akibat Buruk Menangguhkan Bayaran Balik Pinjaman Anda  March  28, 2019 Anda fikir lambat lakukan pembayaran untuk pinjaman anda bukan hal yang besar? Fikir semula. Sama ada ia merupakan pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, kad kredit ataupun pinjaman pendidikan,  anda bakal berhadapan akibat buruk jika anda lambat lakukan pembayaran balik pinjaman. Anda Perlu Bayar Lebih Sama ada ia pembayaran balik untuk pinjaman peribadi ataupun untuk kad kredit, anda akan dikenakan caj penalti bayaran lewat dan juga caj-caj lain. Selain daripada itu, anda juga perlu tahu tentang sistem bayaran berperingkat yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia. Akibat daripada lambat melakukan bayaran balik pinjaman, pihak bank berhak untuk meningkatkan kadar faedah yang dikenakan kepada anda. Kadar faedah berperingkat ini adalah untuk kad kredit. Contohnya  jika anda mempunyai kad kredit yang dikenakan kadar faedah 15% setahun, caj untuk kadar faedah akan dinaikkan jika anda kerap lamb
Image
Waspada individu menyamar sebagai ejen koperasi - SKM Dari  Bernama |   Disember 28, 2018 06:05 MYT         Semua koperasi yang berdaftar dengan SKM tidak menggunakan perkhidmatan ejen untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada orang awam. KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengingatkan orang awam supaya tidak terpedaya dengan dengan tawaran pinjaman peribadi daripada individu yang mendakwa mereka adalah ejen koperasi. Suruhanjaya itu dalam kenyataan pada Khamis malam berkata semua koperasi yang berdaftar dengan SKM tidak menggunakan perkhidmatan ejen untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada orang awam dan perkhidmatan pinjaman oleh koperasi hanya disediakan untuk anggota koperasi sahaja. "Sekiranya anda didatangi oleh seseorang yang mengaku sebagai ejen sesebuah koperasi dan menawarkan pinjaman peribadi, sila hubungi pihak koperasi tersebut untuk mendapatkan pengesahan berhubung tawaran berkenaan,"
Image
Bagaimana Untuk Mengenali Penipu  Pinjaman Peribadi Bank Baru sebentar tadi saya menerima aduan daripada seorang mangsa penipu pinjaman peribadi bank yang mengadu telah ditipu sebanyak RM2,000 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak ini telah menelefon beliau dan memperkenalkan diri sebagai agensi dari pinjaman peribadi bank. Beliau menyatakan telah mendapat maklumat prospek daripada borang yang telah di isi online. Pihak terbabit telah konon-kononnya menguruskan permohonan pinjaman peribadi bank untuk prospek, dan telah lulus. Walau bagaimanapun, oleh kerana kelayakan prospek tidak cukup kuat, scammer atau penipu terbabit meminta wang deposit sebanyak RM2,000 iaitu bayaran ansuran 2 bulan (kononnya) sebelum pinjaman tersebut dimasukkan ke dalam akaun prospek. Mangsa yang terdesak nak gunakan duit terus masukkan RM2,000 ke akaun penipu terbabit. Hasilnya wang tersebut lesap dan penipu terbabit terus mendiamkan diri. Penipu Pinjaman Peribadi Bank Dah La