Waspada individu menyamar sebagai ejen koperasi - SKM

Waspada individu menyamar sebagai ejen koperasi - SKM
Semua koperasi yang berdaftar dengan SKM tidak menggunakan perkhidmatan ejen untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada orang awam.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengingatkan orang awam supaya tidak terpedaya dengan dengan tawaran pinjaman peribadi daripada individu yang mendakwa mereka adalah ejen koperasi.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan pada Khamis malam berkata semua koperasi yang berdaftar dengan SKM tidak menggunakan perkhidmatan ejen untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman peribadi kepada orang awam dan perkhidmatan pinjaman oleh koperasi hanya disediakan untuk anggota koperasi sahaja.

"Sekiranya anda didatangi oleh seseorang yang mengaku sebagai ejen sesebuah koperasi dan menawarkan pinjaman peribadi, sila hubungi pihak koperasi tersebut untuk mendapatkan pengesahan berhubung tawaran berkenaan," kata kenyataan itu.

Selain itu SKM berkata terdapat juga ejen yang menawarkan pinjaman peribadi daripada bank-bank tempatan kepada orang awam yang mana peminjam dikehendaki menandatangani borang keanggotaan koperasi dan mereka juga perlu membayar ansuran pinjaman bulanan serta yuran bulanan keanggotaan koperasi.

Untuk itu, orang awam diingatkan supaya menyemak semua dokumen berkaitan perjanjian pinjaman yang ditawarkan oleh ejen sebelum menurunkan tandatangan terutamanya menyemak terlebih dahulu maklumat jumlah pinjaman yang diluluskan, jumlah sebenar yang akan diterima dan bayaran-bayaran yang perlu dibuat sebagai peminjam.


Siti Malissa


Berpegalaman Selama 13 Tahun 
Dalam Bidang Pembiayaan Peribadi Koperasi 

HP          : 012-289 8091 / 012-648 8091 
FB          : Malissa Expert
Youtube : Malissa Expert 

Comments

Popular posts from this blog

Peniaga berputih mata ditipu oleh syarikat 'pemberi pinjaman'