Sila Berhati-hati

Credit To Utusan Kerani rugi RM534,000 ditipu sindiket Macau Scam Rosmizan Resdi 27 Mei 2019 2:37 PM TANAH MERAH 27 Mei - Seorang kerani wanita kerugian lebih setengah juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam di sini sejak April lalu sehingga kelmarin. Mangsa yang berusia 40 tahun itu mula terjerat dengan sindiket berkenaan selepas menerima panggilan daripada seorang wanita. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Komersial negeri, Superintenden Ahmad Azizul Mohamed berkata, menerusi panggilan itu, mangsa dimaklumkan mempunyai tunggakan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berjumlah RM 24,000. Katanya, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu yang mendakwa kononnya pegawai polis. “Apabila menerima panggilan berkenaan, mangsa pada mulanya panik kerana tidak mengetahui dia ditipu sindiket itu sehinggalah dia memasukkan sejumlah wang dalam satu akaun kononya bagi menyelesaikan