Skip to main content

Karnival Jualan Koperasi Aidilfitri sasar 10,000 pengunjung

Credit To Utusan Malaysia

Karnival Jualan Koperasi Aidilfitri sasar 10,000 pengunjung







PUTRAJAYA 21 Mei - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan menganjurkan Karnival Jualan Koperasi Aidilfitri 2019 selama tiga hari bermula Jumaat ini bertempat di Tamarind Square, Cyberjaya.
Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh berkata, karnival itu menawarkan pelbagai barangan keperluan pengguna dengan harga yang menarik sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
“Terdapat sebanyak 42 ruang pameran koperasi yang menjual pelbagai barangan keperluan hari raya seperti baju raya, kuih raya dan sebagainya. Karnival ini bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 10 malam. Suruhanjaya Koperasi menyasarkan seramai 10,000 orang akan mengunjungi karnival,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Nordin, sempena karnival itu juga, jualan harga patut koperasi ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding pasaran.
Beliau berkata, sebanyak 20 jenis produk akan dijual dengan harga rendah menanti pengunjung dan mereka boleh membeli tanpa had.
“Program ini diadakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tinggal di bandar untuk mendapatkan barangan keperluan hari raya. Pelbagai aktiviti seperti demontrasi masakan, ceramah agama, agihan bubur lambuk dan persembahan busker’s turut diadakan bagi memeriahkan karnival ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE



Siti Malissa

Berpegalaman Selama 13 Tahun Dalam Bidang Pembiayaan Peribadi Koperasi 


HP          : 012-289 8091 / 012-648 8091 
FB          : Malissa Expert
                                   Youtube : Malissa Expert    


Comments

Popular posts from this blog

Peniaga berputih mata ditipu oleh syarikat 'pemberi pinjaman'