Skip to main content

Sila Berhati-hati

Credit To Utusan

Kerani rugi RM534,000 ditipu sindiket Macau Scam








 



TANAH MERAH 27 Mei - Seorang kerani wanita kerugian lebih setengah juta selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam di sini sejak April lalu sehingga kelmarin.
Mangsa yang berusia 40 tahun itu mula terjerat dengan sindiket berkenaan selepas menerima panggilan daripada seorang wanita.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Komersial negeri, Superintenden Ahmad Azizul Mohamed berkata, menerusi panggilan itu, mangsa dimaklumkan mempunyai tunggakan bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berjumlah RM 24,000.
Katanya, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu yang mendakwa kononnya pegawai polis.
“Apabila menerima panggilan berkenaan, mangsa pada mulanya panik kerana tidak mengetahui dia ditipu sindiket itu sehinggalah dia memasukkan sejumlah wang dalam satu akaun kononya bagi menyelesaikan masalah tunggukan cukai itu,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Ahmad Azizul berkata, dalam tempoh sebulan, mangsa telah membuat 12 transaksi bayaran ke dalam akaun yang diminta antara RM10,000 hingga RM38,000, dengan jumlah keseluruhan RM534,000.
Beliau berkata, mangsa turut diberitahu jika tidak menyelesaikan hutang itu asetnya akan dibekukan.
“Suspek telah meminta semua wang dimasukkan ke dalam akaun pegawai penyiasat dan berjanji wang berkenaan akan dikembalikan sebaik siasatan selesai. Walau bagaimanapun, selepas tiba masa yang dijanjikan, wang berkenaan tidak dikembalikan malah suspek terus memberi pelbagai alasan.
“Mangsa hanya menyedari ditipu sebaik menceritakan kejadian kepada ahli keluarga. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Azizul berkata, pada tahun ini, sebanyak 37 kes penipuan Macau Scam dilaporkan dengan kerugian membabitkan RM2.2 juta berbanding sepanjang tahun lalu, sebanyak 121 kes dengan kerugian RM10.2 juta.
“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah dari pihak tertentu. Jangan sewenang-wemangnya mendedahkan maklumat kewangan peribadi seperti nombor akaun, kad bank, atau kad kredit kepada orang tidak dikenali,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Siti Malissa

Berpegalaman Selama 13 Tahun Dalam Bidang Pembiayaan Peribadi Koperasi 




HP          : 012-289 8091 / 012-648 8091 
FB          : Malissa Expert
Youtube : Malissa Expert    



Comments

Popular posts from this blog

Peniaga berputih mata ditipu oleh syarikat 'pemberi pinjaman'