Untuk membuat aduan selain report polis

INFO : Untuk membuat aduan selain report polis.boleh guna link dibawah.

21 Mei 2019




1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.
Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my


2) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.
Laman Web : http://www.skmm.gov.my E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my


3) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.
Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my Tel : 03-88825822


4) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.
Laman web : http://www.nccc.org.my/v2 Tel : 03 7877 9000



Siti Malissa

Berpegalaman Selama 13 Tahun Dalam Bidang Pembiayaan Peribadi Koperasi 









HP          : 012-289 8091 / 012-648 8091 
FB          : Malissa Expert
Youtube : Malissa Expert    

Comments

Popular posts from this blog

Peniaga berputih mata ditipu oleh syarikat 'pemberi pinjaman'