Dasar, peraturan baharu berkuat kuasa 1 Januari 2020
Dasar, peraturan baharu berkuat kuasa 1 Januari 2020 Oleh Junita Mat Rasid; Suzalina Halid dan Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my KUALA LUMPUR: Beberapa program dan peraturan baru akan dikuat kuasa bermula 1 Januari 2020, termasuk program bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat. Setiap keputusan dibuat diteliti sebaik mungkin serta mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan. Antaranya ialah: 1. Larangan merokok di restoran dan premis makanan tetap. Larangan berkuat kuasa Januari dengan saman dikeluarkan serta pendakwaan di mahkamah. 2. Pengecualian visa pelancong China & India. Pengecualian selama setahun dengan tempoh lawatan terhad kepada 15 hari tanpa tempoh lanjutan. 3. Cukai 30 peratus golongan berpendapatan RM2 juta. Kira-kira 2,000 golongan berpendapatan RM2 juta setahun dikenakan cukai pada kadar 30 peratus, berbanding 20 peratus ketika ini. 4. Gaji minimum RM1,200 sebulan. Dilaksana di 57 bandar utama seluru