Penjawat awam lesap RM12,000 akibat Macau Scam

Ahad, 15 Disember 2019 | 8:35am




Penjawat awam lesap RM12,000 akibat Macau Scam


SANDAKAN: Seorang penjawat awam mengalami kerugian sebanyak RM12,000 selepas menjadi mangsa penipuan panggilan palsu.
Wanita berusia 26 tahun itu dikatakan menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa sebagai polis dari Bukit Aman dalam kejadian tengah hari, Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, mangsa mendakwa suspek memberitahu mangsa terbabit dengan kegiatan dadah dan pengubahan wang haram dan dikehendaki membayar wang untuk menyelesaikan kes.
Beliau berkata, wanita terbabit yang terpedaya dengan penipuan itu kemudian mengikut arahan suspek untuk memasukkan wang ke dalam dua akaun berasingan.
“Selepas menyedari ditipu, mangsa tampil ke balai untuk membuat laporan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Mohd Azhar berkata, kes terbaharu itu menunjukkan masih ada yang menjadi mangsa, biarpun pihak berwajib menjalankan pelbagai kempen supaya orang ramai tidak terpedaya dengan modus operandi Macau Scam.
Beliau menasihatkan orang ramai berhubung terus kepada balai polis berdekatan sekiranya menerima panggilan yang disyaki daripada penjenayah.


Siti Malissa


Berpegalaman Selama 13 Tahun Dalam Bidang Pembiayaan Peribadi Koperasi 



HP          : 012-289 8091 / 012-648 8091 




FB          : Siti Malissa
IG           : Siti Malissa
Youtube : Siti Malissa

Comments

Popular posts from this blog

Peniaga berputih mata ditipu oleh syarikat 'pemberi pinjaman'