Guru, kerani wanita kerugian RM209,900



Jumaat, 20 Disember 2019 | 3:16pm

Guru, kerani wanita kerugian RM209,900






SIBU: Dua wanita, masing-masing bekerja sebagai guru dan kerani, kerugian RM209,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan atas talian.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, berkata kes pertama berlaku pada 15 Disember lalu, membabitkan seorang guru yang menerima panggilan telefon memaklumkan memiliki bungkusan mengandungi MyKad dan beberapa kad kredit miliknya di pejabat pos.
“Mangsa kemudian disambungkan kepada individu bernama `Camelia’ yang menawarkan bantuan untuk membuat laporan berhubung perkara itu sebelum dirujuk kepada seorang lelaki dikenali sebagai `Sarjan Teo’. Mangsa didakwa terbabit dalam penyeludupan dadah dan aktiviti penggubahan wang haram.
“Keesokan harinya, mangsa diarah mengeluarkan wang dan mendepositkannya ke dalam akaun bank yang disediakan atas bertujuan menghapuskan namanya dari kegiatan menyalahi undang-undang itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Stanley berkata, mangsa diarah melakukan 10 transaksi ke empat akaun bank di bawah empat nama berbeza dalam tempoh dua hari, dengan keseluruhannya membabitkan wang tunai berjumlah RM143,900.
Katanya, mangsa yang panik mengikut sahaja arahan itu, namun menyedari dirinya ditipu selepas suspek gagal dihubungi sejurus transaksi wang tunai berkenaan selesai.
“Modus operandi sama turut digunakan dalam kes kedua membabitkan seorang kerani yang menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki pada 11 Disember lalu.
“Mangsa dimaklumkan mempunyai bungkusan mengandungi MyKad dan beberapa kad kredit miliknya di pejabat pos. Berbeza dengan mangsa pertama, dia diarahkan untuk membuka akaun bank baharu dan mendaftar nombor telefon yang disediakan oleh suspek untuk menerima kata laluan perbankan dalam talian.
“Kemudiannya, mangsa diminta memindahkan wangnya ke dalam akaun baharu itu dan hanya menyedari ditipu selepas mendapati kesemua wangnya lesap di dalam akaun ketika memgemas kini buku simpanan pada 18Disember lalu,” katanya.
Katanya, mangsa kerugian RM66,000 dan kedua-dua kes akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan.

Siti Malissa

Berpegalaman Selama 13 Tahun Dalam Bidang Pembiayaan Peribadi Koperasi 



HP          : 012-289 8091 / 012-648 8091 

FB          : Siti Malissa
IG           : Siti Malissa
Youtube : Siti Malissa

Comments

Popular posts from this blog

Peniaga berputih mata ditipu oleh syarikat 'pemberi pinjaman'