RM285,000 lesap ditipu 'Telephone Scam'

Jumaat, 13 Disember 2019 | 6:55pm 

Sumber Dari Berita Harian 

RM285,000 lesap ditipu 'Telephone Scam'



KEPALA BATAS: Seorang peniaga lelaki kerugian RM285,000 selepas diperdaya sindiket 'Telephone Scam', kononnya bagi ‘membebaskannya’ yang didakwa terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Kejadian bermula ketika mangsa berusia 49 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pekerja Pos Laju Malaysia.
Wanita itu memberitahu barang kiriman yang didaftarkan atas nama peniaga terbabit terpaksa ditahan kerana mengandungi kad pengenalan dan kad kredit.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata mangsa menafikannya sebelum panggilan itu disambungkan ke ‘Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang’ dan bercakap dengan individu bernama Sarjan Ong.
Katanya, Sarjan Ong memaklumkan mangsa terbabit dengan kes pengubahan wang haram dan panggilannya tiba-tiba disambungkan pula kepada Sarjan Ang yang memberitahu kesnya terlalu berat.
"Panggilan mangsa kemudian disambungkan lagi dengan beberapa individu lain sehinggalah dia terperangkap dengan kata-kata mereka. Suspek memberitahu jika mangsa tidak bersalah, dia perlu memasukkan kesemua wang untuk siasatan jika dia tidak mahu didakwa di mahkamah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Noorzainy berkata, akibat terlalu takut, mangsa menuruti kata-kata suspek dan membuat pemindahan wang sebanyak 56 kali membabitkan jumlah RM285,000 dalam tempoh empat hari, bermula 2 Disember lalu ke dalam sembilan akaun bank yang diberikan.
"Bagaimanapun, mangsa sedar bahawa dirinya ditipu dan membuat laporan polis semalam untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mangsa mendakwa wang berkenaan adalah hasil kerja terdahulu sebagai pekerja kilang, insurans anaknya yang kemalangan jalan raya pada awal tahun 2019, hasil jualan rumah lama serta pinjam dengan rakannya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Siti Malissa

Berpegalaman Selama 13 Tahun Dalam Bidang Pembiayaan Peribadi Koperasi 



HP          : 012-289 8091 / 012-648 8091 
FB          : Siti Malissa
IG           : Siti Malissa
Youtube : Siti Malissa

Comments

Popular posts from this blog

Peniaga berputih mata ditipu oleh syarikat 'pemberi pinjaman'